Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Tabung Untukmu Malaysia 2.1- Ramadan merupakan sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di bawah segmentasi MVM Relief dimana program ini memfokuskan bantuan-bantuan Ramadan bagi meringankan beban masyarakat Malaysia yang terjejas sumber pendapatan dan tidak mampu menampung perbelanjaan harian demi menyara anak-anak sepanjang bulan Ramadan nanti.
Insha Allah, kami terus berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan keperluan harian kepada mereka yang kurang mampu menanggung perbelanjaan di bulan Ramadan ini.
Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk terus menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan asnaf B40, rumah kebajikan, OKU dan pelarian ini di dalam kempen Tabung Untukmu Malaysia 2.1 - Ramadan.
Jenis Bantuan :
Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati
Sasaran dana yang diperlukan : RM800,000
Tarikh tutup sumbangan : 31 Disember 2021
Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Harapan kami, semoga dengan bantuan kali ini memberi sedikit keselesaan, meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang kini sedang diuji dalam kesusahan.
Kami doakan Allah swt memberkati segala rezeki kita bersama dan memberi kemudahan kepada kita untuk bersama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Amin.